[ Fusus: Soalan ke 103 dari Syeikh al-Hakim al-Tirmidzi adalah berlandaskan hadis Nabi s.a.w. “al-‘Izzah (keagungan) itu pakaian Ku, dan Kibriya’ (kemegahan) itu selendang Ku. Barangsiapa yang menanggalkan keduanya dari Ku akan mendapat azab (seksaan)” – Riwayat Muslim dari Abu sa’id dan riwayat Samuwaih dari Abu sa’id dan juga riwayat Tabrani dari ‘Ali r.a. Jawapan ini menjelaskan bahawa makhluk adalah berhubungan dengan kerendahan yang merupakan lawan bagi ‘Izzah, dan hanya al-Haq yang layak memakai ‘Izzah kerana Dia lah wujud al-mutlaq. ] Soalan: Apakah perkataan Nya, “ Izzah (Keagungan) itu sarung Ku”?
Jawapan: Al-Haq merahmati hamba Nya apabila Dia menyeru mereka untuk mengenali Nya melalui tanazzul (penurunan) untuk memberikan mithal kepada mereka supaya dengan itu mereka memperolehi pengetahuan daripada Nya dalam ukuran yang dikehendaki oleh Nya. Contohnya, seperti, firman Nya, mithal cahaya Nya, seperti sebuah lubang di dinding rumah, di dalamnya ada pelita (Quran 24:35). Ini kerana firman Nya, Allah cahaya langit dan bumi (Quran 24:35) di mana Dia menjadikan Diri Nya cahaya, kerana ianya adalah predikat bagi subjek, iaitu, sifat Nya. Huwiyya (KeDiaan) Nya adalah cahaya merujuk kepada hakikat bahawa Dia adalah Allah, cahaya. Tetapi apa hubungannya cahaya bagi lampu dengan firman Nya, Allah cahaya? Samalah juga dengan khabar, bahawa apabila berkata-kata melalui wahyu ianya seumpama “gemerincing loceng (genta)” Apa hubungannya perkataan al-Haq dengan gemerincing loceng?
[ Fusus: Hadis dari Aisyah r.a bahawasanya Harits bin Hisyam r.a. bertanya kepada Rasulullah s.a.w “Wahai Rasulullah, bagaimanakah datangnya wahyu kepada Engkau?” Rasulullah menjawab: “Kadang-kadang wahyu itu datang kepada ku bagaikan gemerincingnya loceng (genta) dan itulah yang paling berat atas ku, lalu terputus daripada ku dan aku telah hafal daripadanya tentang apa yang dikatakan. Kadang-kadang malaikat bermithal sebagai laki-laki datang kepada ku lalu ia berbicara kepada ku maka aku hafal apa yang dikatakannya” Aisyah r.a berkata: “Sungguh saya melihat beliau ketika turun wahyu kepada beliau di hari yang sangat dingin dan wahyu itu terputus dari beliau sedang dahi beliau mengalir keringat” - diriwayatkan Bukhari ]
Demikianlah juga perkataan Nya, “’Izzah itu pakaian Ku”. Demi hamba Nya, Dia letakkan Diri Nya pada manzil seseorang yang menerima kelayakan melalui pakaian. Apa yang Dia berkehendak untuk mereka tahu mengenai Diri Nya dalam kesempurnaan ini (adalah) bersesuaian dengan pakaian dan apa yang ditabir oleh nya.
Ketahuilah sarung dipakai atas tiga urusan – pertama, sebagai perhiasan; kedua, sebagai perlindungan dan ketiga, sebagai tabir (sitr). Di antara yang tiga ini, apa yang dimaksudkan dalam khabar ini adalah khusus perlindungan. Ini ditunjukkan oleh perkataan ‘Izzah. Di sini ‘Izzah menuntut kepada kemustahilan untuk mencapai Diri Nya, disebabkan oleh ‘sarung’ yang melindungi daripada dilihat oleh mata.
‘Izzah terlarang melalui ketidaksampaiannya, oleh itu hakikatnya ia tidak boleh menjadi sifat bagi sebarang makhluk atau benda baharu, kerana khuduk (kerendahan diri) merupakan teman sejati bagi makhluk dan benda baharu, dan khuduk berlawanan dengan ‘Izzah. Demikian, bilamana al-Haq mengenakan sarung ‘Izzah akal rasional terhalang daripada mengenalpasti penerimaan ‘ain akan pengurniaan wujud, yang dengannya mereka menjadi layak dan melaluinya mereka menjadi berjarak pada diri mereka. Demikian tiada suatu pun yang terpisah daripada Allah dapat mengetahui bentuk pengurniaan wujud oleh Nya atau penerimaannya, tidak juga bagaimana benda-benda menjadi mahall penzahiran al-Haq, tidak juga bagaimana ianya dinyatakan melalui wujud – kerana dikatakan mengenainya, “benda wujud”, tetapi ianya biasa dipanggil “benda ‘adum” (tidak memiliki wujud).
Demikian al-Haq berkata, “’Izzah itu sarung Ku”, iaitu, ianya suatu tabir ke atas apa yang dijangka dapat dimiliki oleh jiwa.
Kerana itulah Dia berkata, “Barangsiapa menanggalkan keduanya dari Ku, akan mendapat azab (seksaan)”. Dia khabarkan bahawa Dia takluk atas sifat sedemikian yang hanya layak bagi Nya – seperti ‘Izzah, ‘Azama (kebesaran, kehebatan) dan Kibriya’ (kemegahan). Oleh itu ‘Izzah merupakan qudrah yang menguasai yang kamu dapati menghalang tanggapan sirr yang melaluinya al-alam menjadi terzahir.