Makar

Saturday, January 8, 2011

[Fusus: Sebelum ditulis mengenai makr (tipu daya), terlebih dahulu akan diperjelaskan mengenai qurbah (kehampiran) mengikut pandangan kaum sufi. Qurbah adalah berkaitan dengan kebahagiaan (sa’ada) dan selamat daripada sengsara (shaqa’)]
Syeikh menulis dalam bab 260 al-Futuhat.
Kehampiran (Qurb) yang ditakrifkan oleh ahli sufi sebagai “mengambil perilaku taat” merupakan kehampiran kepada kebahagiaan (sa’ada) hamba melalui selamatnya ia daripada sengsara (shaqa’). Kebahagiaan hamba terletak pada tercapainya semua kehendak nafs tanpa kecuali, dan ini hanya mengambil tempat di syurga. Akan halnya di dunia ini, dia mesti meninggalkan kesemua kehendak nafs yang mengganggu daripada kebahagiaannya. Kehampiran bagi salik dan manusia keseluruhannya ialah kehampiran kepada kebahagiaan…..
Jika tidaklah kerana asma’ Ilahi dan sifat-sifat nya di kalangan benda baharu (ka’inat), sifat kehampiran dan berjauhan tidak akan terzahir pada al-alam. Pada setiap waktu setiap hamba mesti menjadi pemilik kehampiran kepada satu nama (ism) Ilahi dan pemilik berjauhan melalui nama yang lain, yang pada waktu tersebut, tidak mempunyai sifat menguasai ke atas hamba. Jika sifat nama, yang menguasainya pada waktu tersebut dan layak melaluinya dengan kehampiran memberikan kepadanya keselamatan daripada sengsara, (maka) inilah (merupakan) kehampiran yang diingini oleh al-Qawm. Ianya adalah kesemua yang menganugerahkan kebahagiaan ke atas hamba; jika ianya tidak menganugerahkan kebahagiaan, al-Qawm tidak merujuk kepadanya sebagai “Qurb” (kehampiran).

Bersambung.


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

0 comments:

Post a Comment